MAKLUMAT SEKOLAH


Pergi berkelah di Kuala Sepetang,
Singgah membeli buah berangan,
Bukan datang sebarang datang,
Datang Tuan jalinkan hubungan.




SEJARAH SEKOLAH


Sekolah Kebangsaan Putra terletak di Jalan Padang Katong kira-kira 1.5 km dari pusat bandar Kangar. Asal sekolah ini adalah sebahagian daripada Sekolah Inggeris Derma yang dikenali sebagai Derma English School. Pada tahun 1957 sekolah ini dibahagikan kepada tiga buah sekolah dan salah satunya ialah Sekolah Inggeris Putra. Guru Besarnya yang pertama ialah En. Ali bin Muhamad.
  Sekolah Inggeris Putra telah dirasmikan pada 7 September 1958 oleh DYMM Almarhum Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail, Raja Perlis Kelima dan nama sekolah ini diambil sempena nama baginda. Pada tahun 1973, nama sekolah ini ditukarkan kepada nama Sekolah Rendah Putra dan pada tahun 1975 ia dikenali sebagai Sekolah Rendah Kebangsaan Putra dan seterusnya sebagai Sekolah Kebangsaan Putra. Antara bekas pelajar sekolah ini ialah DYTM Tuanku Syed Faizuddin ibni Tuanku Syed Sirajuddin, Raja Muda Perlis.